Sabtu, 23 Januari 2016

         Hai, assalamualaikum....

        Nama aku Nur Aisyah Nadhilah Bt Mohd Zakri. Dan ini adalah kali pertama aku membuat blog sendiri / peribadi. Ini kerana aku sangat meminati dengan bidang penulisan masa sekolah memang syok lah buat bahasa Malaysia lebih- lebih lagi bidang penulisan . Aku selalu tengok orang buat blog sendiri. Tengok macam best tapi aku harap apa yang aku buat ni dapat kebaikan. Masa mula mula buat blog memang la tak best sangat tapi apabila dah terror buat ni, In shaa allah akan syiok sendiri la......
     

         Umur aku RAHSIA (biarlah rahsia kalau tak puas hati suka hati korang la) aku dilahirkan pada 12 disember. Aku ada 7 orang adik beradik (4 lelaki,3 perempuan) kiranya aku yang bongsu la. Tempat aku dilahirkan ialah di Kelantan  . Nama mak aku Asmat nama ayah aku Zakri. Aku ada seorang kakak yang  OKU (aku tak dapat bagi tahu). Hobi aku bermain badminton, walaupun selalu kalah dengan orang lain tapi ia tak bermakna yang aku tak pandai main, hobi aku yang kedua adalah buat kek, kalu bab bab masak ke, buat kek ke, potong-potong apa yang patut ke, memang aku kebas la, lebih lebih lagi kalau birthday dalam family aku, aku tak akan layan benda lain dah kecuali, masuk waktu solat dan buat kek coklat. Yang tu memang aku layan. Hobi aku yang ketiga ialah baca novel dan Al quran. Dan hobi aku yang terakhir ialah main bola baling. Aku memeng minat main bola baling, sebab ia  lasak sebab aku memang suka main benda- benda lasak. Aku teringat lagi  waktu aku main bola baling masa sekolah rendah alhamdulillah aku dapat menjaring kan bola dalam gol! walaupun aku pendek, balingan aku..... memang ......... bolehla~ 
             

         Cita cita aku nak jadi seorang guru, kenapa nak jadi cikgu? sebab aku nak nanti generasi akan datang tida ketinggalan zaman. lagipun dalam family aku belum ada lagi yang jadi cikgu. Abang aku yang sulung ada gerai sendiri kat pahang.Sinar Maziz Tomyam
nama kedai nya. So, kalau datang pahang, pasti akan cedok apa yang patut hehehe.....
yang no. 2, kerja kat kedai masak. kalau dia datang rumah kitorang memang dah masakan apa yang patut (kalau rajin) untuk kitorang. Abang aku yang no. 3 kerja kat Institut  Kanser Negara Putrajaya. No. 4, berniaga dengan kawan dia. Tapi........, dalam diam dia adalah seorang polis bantuan. No. 5, masih belajar tapi, alhamdulillah dia dapat sambung pengajiannya di Indonesia. No.6, masih sekolah tingkatan  6 bawah aku? jangan tanya lah kalau yang no.6 sekolah mesti lah aku sekolah
   


         The End.........  Assalamualaikum